Thursday, October 1, 2009

Hidangan di Pagi Raya

Ramai orang bertanya apa yang Kak Maria makan di pagi raya? Well sebab Kak Maria orang Johor, ada la beberapa hidangan yang menjadi kewajipan di atas meja... so saksikan lah... of course la all the dishes were cooked by my mom while Kak Maria just added some sugar and salt to perfect the taste... hehehe...



Kat sesetengah tempat, time raya pertama siap boleh masak laksa lah, mihun sup lah, mi kari lah... sorry to say but Kak Maria x leh terima ok...




Nasi impit kena ada... zaman sekarang senang pakai yang segera jer...


Yang nie memang expertise mak Kak Maria... rendang daging... sapa pernah rasa baru tau kesedapannya...


Satu lagi hidangan wajib di atas meja... Kari ayam... kena la ada yang berkuah2 kan...


Yang nie lagi satu expertise mak Kak Maria... makanan rasmi orang Johor... sambal goreng... made of kentang, tauhu kering, udang, soh hoon, cili merah, hati ayam... lazat skall di Malaysia!... uol makan apa di pagi raya? tapai pulut kah?


16 comments:

a.z.z.a.y.d said...

Laaa mana lodeh..tu masakan utama Johor gak tu..tp mak rasa ok laa sbb dah ada sambal goreng tu kan....

Ke Kak Maria mmg x makan santan2 ni...too much cholestrol?

gambit said...

Memandangkan berjaya balik kampung pada raya kedua, terus membantu keluarga membakar lemang. ala, jadi tukang tengok dan tukang makan je.

Hidangan wajib semestinya sate goreng dan ayam roast. tak sempat nak belajar resepinya dari ibu.

Kak Maria said...

Cik Aina...

Bukan Kak Maria x makan santan, cuma x cukup tangan nak membuat lodeh segala... lagi pun dah ada kari ayam untuk dijadikan kuah...

Uol tengok la rendang, kari semua pakai santan... sambal goreng tu pun letak pati santan... tu yang mengancam!... biasa la masakan Malaysia mana boleh lari dari santan...

Kak Maria said...

Cik Gambit...

Kak Maria x leh bayangkan kalau akak beraya kat tempat orang... mesti jumpe hidangan pelik2...

Kawan Kak Maria dari Kedah pernah cerita mak dia masak laksa time raya pertama... pelik la...

z.a.i.r.e.e.n said...

sama la pelik kalau orang kedah tengok pelik masak lodeh ni! tak de boleh jumpa lodeh kat kedah time raya.. tapi akan jumpa laksa, bihun sup dan ketupat pulut/palas.

rendang daging mak pun power jua! (masuk bakul angkat sendiri!)

Kak Maria said...

Cik Zaireen...

Maybe sebab budaya berbeza tu yang pelik tu... pelik sebab bagi Kak Maria, makanan macam bihun sup dgn laksa tu adalah makanan harian, tak perlu tunggu hari raya pun leh buat... or maybe time raya special sket sebab laksa tu rasa lain ke, or bihun sup tu kaler merah ker... x tau la kan...

Macam2 juadah disediakan mengikut negeri... maybe kat Sarawak diorang hidang ulat sagu masak rendang ke time Hari Raya kita pun x tau kan

Olpicture said...

Haiyoh! sempat lagi nak melaser tapai pulut bonda I... Hmmmm lama nyer tak makan lodeh!

a.z.z.a.y.d said...

hahahaha lawak laa bacs komen kawan2 kat sini..terguling2 mak ketawa di pagi yg hening ni (now kul 2.40 pagi eastern US time)..

Kak Maria...mmg org utara macam tu..mak ni adalah campuran Johor dan Perak Utara...so dapat laa menyesuaikan diri dgn perbezaan budaya utara selatan malaysia...

apa2 pun laksa johor is the best!but mmg laa kalau kat Johor laksa johor x dihidang pada raya pertama..tapi hari-hari selepasnyer ..
tapi mak sampai laa x reti masak laksa johor yg complicated ittew.......

Kak Maria said...

Cik Gorgeous...

Kudos to your mother sebab bersusah-payah membuat tapai pulut pelbagai warna tanpa bantuan sapa2 pun... anak yang bongsu cuma cedok aiskrim vanilla, letak dalam mangkuk & ngap! oopss...

Sorry la akak x dapat masakkan lodeh untuk uol... tapi terima lah lagu dari akak... "Lodeh Mak Lodeh" dendangan Anit Sera sebagai pengubat rindu uol naa:-

Lodeh hai mak lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Cucu Osman Janggut
Kaki untut hingus meleleh

Boleh cik abang boleh
Tolak sampai boleh
Datuk sampai semput
Lemah lutut kaki letih

Lodeh hai abang lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Pakai baju labuh
Seluar longgar hampir terlondeh

Boleh atau tak boleh
Jangan dalih dalih
Tunggu buah tak jatuh
Lutut lenguh kaki letih

Kak Maria said...

Cik Aina...

X habis lagi bercerita pasal juadah di pagi raya yang dianggap pelik di tempat lain... kat Massachusetts orang masak apa pulak?

Kak Maria tengah cari tempat/kampung/negeri yang orang2 nya cuma masak sardin dengan goreng telur je sebagai hidangan di pagi raya... mesti orang kat situ anggap tu la hidangan paling special... and dia anggap rendang & ketupat di pagi raya adalah pelik skall!! adakah tempat yang dimaksudkan itteww?

Akak pun x biasa dengan hidangan laksa Johor sebab akak nie orang Jawa... so laksa Johor tu is so not Jawa punya makanan... so kitorang x pernah buat pun... kalau hidangan Jawa nie macam mee rebus ke, mee bandung ke, mee rojak ke... adoi sedapnya!

z.a.i.r.e.e.n said...

isk.. tetiba rasa cam nak makan laksa.. may be i should 'search' for open houses this weeekend... hahaha... i don't think i sangat gigih nak buat laksa sendiri lagi...

z.a.i.r.e.e.n said...

isk.. tetiba rasa cam nak makan laksa.. may be i should 'search' for open houses this weeekend... hahaha... i don't think i sangat gigih nak buat laksa sendiri lagi...

a.z.z.a.y.d said...

Kak Maria..di MA ni open house tetiap minggu..gambar2 hidangan dan kemeriahannya ada di FB mak.

Kak Maria said...

Cik Aina...

Orang Malaysia kalau duduk kat oversea memang macam tu... rajin buat open house siang malam kalah orang kat Malaysia... sanggup la masak rendang, lodeh segala walaupun x berapa reti and cuma berpandukan resepi kat internet...

Tapi yang akak pelik, bila balik Malaysia nanti terus jadi malas and x pandai langsung memasak juadah2 tu semua...

Azzhar9009 said...

harusla makan nasi berlauk singgang yang lazat u all

Kak Maria said...

Cik Kaza...

Hari raya pun tetap nak makan ikan masak singgang kan? Padahal hari-hari biasa boleh makan also... dah lepas nie x payah nak sibuk buat ketupat segala... masak jer nasik