Kalau dari utara ke KL, Kak Maria mesti singgah kat Hentian Tapah... suka sebab happening sangat... segala mala ada kat situ, dari buah-buahan sampai ke makanan segera... cuma disko ajer yang x ada kat situ... Kalau ada disko yang happening kat situ mau nya ada orang yg sanggup datang setiap minggu without fail untuk berjoget... ooppss!!
Monday, July 27, 2009
JJCM-MB Old Town Kopitiam
Kalo uol nak tau, Pn. Maz Berkonsep Batik memang suka makan kat Oldtown Kopitiam... kalau kami x tau nak makan di mana, ke Oldtown la kami menuju dan muka dia akan berseri2 penuh gembira... so to celebrate baju baru Pn. Maz... (something funny about this baju... hanya kami yang tau... hehehe)... kami pun ber JJCM-MB di Oldtown... merasa uol...
ada 1 incident funny berlaku masa kami makan... biar lah jadi our secret yer Pn. Maz... hehehe
JJCM-MB "Papa John's Don't Preach"
Sejak makan pizza kat Papa John's haritu... Kak Maria memang x dapat melupakan kelazatannya... sedap skall di Malaysia... dan diakui oleh Cik Jurida Shima, KB Kak Maria... so merasa la acara JJCM-MB sekali lagi... kali nie bersama tetamu misteri...
Oh Papa Don't Preach...
Hadiah Dari Hati
Tak habis lagi acara menerima hadiah sempena masuk rumah baru... (and I wish it never ends... hahaha)... yang ni daripada someone special...
JJCM-MB Lake Club
One bad thing about working in Putrajaya is... u tak tau nak makan kat mana dah... bosan skall di Malaysia... so Kak Maria bersama artis jemputan pun ke mana lagi kalau bukan ke Putrajaya Lake Club itteww...
Tapi kalau akak pakai mesti longgar kan Pn. Maz? Hehehe...
Police Watch Me
Masa berjalan dengan Pn. Maz Berkonsep Batik kat Alamanda... Kitorang lalu kat City Chain and terpandang la longgokan jam jenama Police nie... hehehe... Well lately Kak Maria memang rapat dengan jenama nie... actually with one particular police officer for sure... .. kalau yang dah tau tu paham paham sendiri naa... Lagu yang sesuai untuk kisah nie adalah "Pengorbanan" by Sharifah Aini... (sob sob)
Lepas nie nak tunggu Pn. Maz Berkonsep Batik membeli jam Seiko yang cantik skall!!!
Tuesday, July 21, 2009
Breakfast at The Syuen
My Best Friend's Wedding
Hari Sabtu lepas, Kak Maria bertandang ke Aipeh sebab memenuhi undangan KB Kak Maria, Nurul Shuhairah yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Azlan... tahniah Nurul dapat husband handsome... begitulah pujian yang kawan2 Kak Maria berikan... sebab masing-masing cuba mencari lelaki handsome sebegitu tapi masih belum berjaya, sedangkan biological clock is ticking, hehehe... sabar lah uol... Kak Maria pun andalusia jugak

A Rose Is Still A Rose
Kak Maria pegi Dinner Show Kak Poh Ain haritu... Kak Maria pegi dengan KB akak, penyanyi tersohor... Izwan Pilus... Show tu boleh jadi lazat bagi peminat Kak Poh Ain yang dah lama menunggu acara kemunculan dia di persada seni...
Tapi ada banyak yang perlu diperbaiki... bermula dengan registration kat luar dewan yang azab and ntahapaapa... and then pemilihan lagu pun boleh diperbaiki... tak perlu nyanyi banyak sangat lagu omputih... sebab audience nya pakcik2, makcik2 and ahli2 Persatuan Ibu Tinggal jer...
Lagi satu nak tegur, Kak Poh Ain tak perlu menceceh terlalu banyak... cerita tentang kisah hidup la, zaman dulu susah x macam penyanyi sekarang la, menyanyi kat funfair kena tipu la... orang datang bayar tiket nak dengar lagu and nak berhibur, bukan nak dengar kita menceceh pasal kisah hidup...
Oleh sebab terlalu banyak menceceh, show yang patut habis pukul 12, habis pukul 1 pagi... tu pun selepas ramai audience yang balik sebab mengantuk... and sudahnya banyak lagu yang popular x dapat dinyanyikan... termasuk Bunga Tanjung, Burung Pungguk, Fatwa Pujangga, Hiburkanlah Hatiku, Pengorbanan dan lain-lain lagi...
And it seems that tak ada floor manager or director yang control the show, bagitau dah lebih masa ke, menceceh panjang sangat ke... banyak kelemahan show nie...
Friday, July 17, 2009
JJCM-MB Papa John's Pizza
Dah lama Kak Maria teringin nak makan pizza yang lain selain daripada Pizza Hut, Domino or Shakey's Pizza... nak try gak pizza perasa lain sebab pizza nie adalah makanan yang boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti tukang masak nya... a very inventive dish I can say... so akak pun pegi la makan kat Papa John's Pizza yang baru dibukak kat New Wing, IOI Mall tu... Kali nie x der artis jemputan sebab Kak Maria beraksi solo jer... heheh
Tuesday, July 14, 2009
JJCM-MB Ayam Penyet Wong Solah
Uol pun tau yang Pn. Maz Berkonsep Batik macam dah jadi resident artist untuk program JJCM-MB anjuran Kak Maria... so bersempena dengan kejayaan Pn. Maz Berkonsep Batik membeli handphone baru, kami telah meraikannya dengan acara JJCM-MB di Restoran Ayam Penyet Wong Solah yang terletak di Bangah... Mari kita saksikan aksi-aksi menarik Pn. Maz Berkonsep Batik...
Tu ate nape Pn. Maz Berkonsep Batik mulut menguncam ajer? Sah2 sms dengan laki kan tu yang mulut menguncam tu...
Walaupun harga makan kat restoran nie berdentum... tapi rasanya kami nak pegi lagi sebab lazat... hehehe... so ada sapa2 nak join?
Thursday, July 2, 2009
Transformed!
Entry nie dah lama tapi baru sempat upload... bz uol... I know much have been talked about this movie... and panggung wayang pun penuh havoc skall sampai nak beli tiket untuk minggu depan pun x dapat... punya lah hebat penangan media massa... tapi bila dah tengok movie nie rasa macam bosan pulak sebab terlalu panjang, terlalu banyak aksi robot yang ntahapaapa
Subscribe to:
Posts (Atom)