Thursday, August 6, 2009

Ada Apa Dengan IKEA

Kak Maria nie x suka pegi IKEA... sebab so crowded dengan manusia yang ntah cari apa ntah... biasa la orang Malaysia nie... nak cari berus jamban pun sanggup pi IKEA... nasib baik la kat IKEA x der jual barang dapur... kalau ada jual, silap2 lagi ramai la makcik2 nak membeli kicap dengan ikan kering kat IKEA nie... patut la Ingvar Kamprad, pengasas IKEA tu jadi antara orang paling kaya di dunia... sebab ada orang macam orang Malaysia la...
Oleh sebab barang yang akak nak cari nie akak x jumper kat kedai biasa... maka dengan berat hatinya terpaksa la akak pegi jugak IKEA nie... walaupun tau harga kat sini berdentum!

Orang Malaysia menderu-deru masuk IKEA... nak cari apa? lilin wangi kah?
Barang yang akak nak beli nie x muat kereta... merasa suruh lori IKEA hantar... harus la terbeliak mata jiran tetangga akak... hehehe

Takkan menghantar saja kan... merasa la pasang sekali... x kuasa la career woman macam akak nie nak pasang benda nie... kalau yang simple2 tu boleh la akak pasang

Jangan risau uol... akak x membeli sofa baru atau wardrobe baru... uol boleh tido dengan tenang yer... Inilah dia yang akak cari... cd rack and book shelf... lazat x uol?...

Ingatkan x muat... rupanya banyak lebih pulak ruang kosong... heheh nampaknya lepas nie kena beli cd setiap hari baru la penuh cd rack akak nie... huhuhu

14 comments:

rambomadonna said...

I have one yang sama kaler ngan kak maria ... tapi of course ler tak elaborate mcm kak maria. rumah kiter kecik tak mcm kak maria ... banglo hehehe

Kak Maria said...

Cik Jaime...

Banglo je ke rumah Kak Maria? All this while akak ingat umah akak tu mansion... hehehe

Bukan apa la uol... akak beli terus banyak supaya x payah beli lagi dah... kalau boleh nak penuhkan dinding tu, tapi harus lah kena membayar sampai RM2,000 pulak kan... x larat akak

a.z.z.a.y.d said...

meletop CD rack akak..

Kak Maria tau tak kalau kat You Ass-Hole ni org menderu2 masuk IKEA sebab ianya adalah kedai perabot yg paling murah nak banding kedai2 yg lain...terbalik dgn kat Msia..adakah kita rakyat Malaysia telah tertipu?

Kak Maria said...

Cik Aina...

Akak rasa rakyat Malaysia memang dibodoh2 kan dan ditipu hidup2 sebab menganggap IKEA tu la jenama yang paling grand katanya...

Masa akak beli cd rack tu, siap ada sorang pompuan dari Sabah nie tanya kat kaunter, boleh x IKEA deliver barang2 dia sampai ke Sabah? Dalam hati akak cakap: "GILO POMPUAN NI!. Ko beli jer la perabot kat Sabah tu, bukan ada orang peduli pun perabot rumah ko IKEA ke tidak".

Ada sorang kawan Kak Maria yang pernah study kat Sweden bagitau... IKEA ni famous kat semua negara di dunia except Sweden... kat Sweden orang x masuk pun kedai IKEA nie sebab IKEA lah kedai yang paling marhain di sana... kalau masuk tu rasa macam hina dina sangat... diorang kat sana x sanggup dihina uol... so brand IKEA kat sana x grand langsung... heheh

UrbAnWiTch said...

aku kalau pi ikea suka hanger saja...heheheh..weh hazel..aku dah balikkk

UrbAnWiTch said...

by the way, kes saman kak maria cam mana? hahaha..comel sungguh kak maria sekarang

Azzhar9009 said...

kelas
bila nak ajak dtg umah tak tau

Kak Maria said...

Cik Me'en...

Memang ada benda yang kita terpaksa beli kat IKEA sebab kat tempat lain x ada... hanger salah satunya... memang lazat... lagi satu contoh ialah Euro pillow... kat tempat lain mahal skall uol... tapi kat IKEA harga murah...

Weh ko ni come back for good ke atau balik untuk sambut Hari Raya jer?

Kak Maria said...

Cik Me'en...

Terima kasih sebab puji Kak Maria... biasa la uol... dah jadi janda nie kena la pasang badan & mekap cantik2... kalau x susah la akak nak mengorat Dato'2 atau Tan Sri... hehe

Pasal kes saman Kak Maria tu, biarlah mahkamah yang menentukan uol... akak x mahu mengganggu perbicaraan... hehehe

Kak Maria said...

Cik Kaza...

Kak Maria nie serba salah nak mengajak orang datang rumah... Kalau mengajak kang ada la yang kata akak nie "berlagak nak menunjuk2 rumah baru, x padan dengan badan kimpoh, buruk, mentang2 la hidup dah senang... Kalau Tuhan nak tarik nikmat tu sekelip mata ajer".

Kalau akak x mengajak pulak kang ada jugak mulut yang bercakap: "Mentang2 dah ada rumah baru, bukan nak ajak kawan2 datang... Sombong, hidung tinggi, kedekut, x padan kimpoh, hodoh, dah x ingat kawan2... Kalau Tuhan nak tarik nikmat tu sekelip mata ajer"

Nak ajak salah x ajak pun salah kan... So camnie la... kalau uol nak datang, datang jer la akak terima kehadiran uol sebagai sahabat yang baik... tapi kalau x sudi nak datang pun akak x boleh nak kata apa... takut uol sentap pulak nanti kan... susah la uol nak jaga hati semua orang...

riri said...

meletops cd rack kak maria!!!
xper la kak maria..mmg susah nak jaga hati semua org....sabaq na.....

Kak Maria said...

Cik Riri...

Terima kasih uol... hanya uol yang memahami hati dan perasaan Kak Maria.

Olpicture said...

I suka Ikea, meatballs nyer itew...

Kak Maria said...

Cik Gorgeous...

Akak x suka kafeteria kat IKEA tu... sentiasa penuh dengan orang... rimas la nak makan kat tempat yang crowded macam tu... susah nak menikmati makanan... akak suka tempat yang secluded... maklum la takut terserempak dengan madu... hehehe